

PERJALANAN MELALUI UDARA
MALAYSIA AIRLINES, AIRASIA, FIREFLY dan MALINDO AIR mengoperasi penerbangan secara harian dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Setibanya di Kuala Terengganu, anda boleh mengambil teksi atau perkhidmatan bas ulang-alik kami dari LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD ke jeti Shahbandar , untuk menaiki feri eksklusif kami ke resort.
Peringatan mesra, semasa mengatur pengangkutan pergi balik anda, diingatkan bahawa jadual bot harian kami hanya sekali sehari. Oleh yang demikian , kami mengesyorkan anda untuk mengambil penerbangan yang paling awal dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, atau penerbangan petang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.
PERJALANAN MELALUI DARAT
Bas ekspres dan teksi luar kawasan menawarkan perkhidmatan pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam beranggaran sejauh 459km. Apabila tiba di terminal bas Kuala Terengganu, anda boleh mengambil teksi atau perkhidmatan bas ulang-alik untuk Shahbandar jeti untuk menaiki feri eksklusif kami ke resort.
Syarikat Bus | No. Telefon | Dari | Ke | Kekerapan |
Sykt. Adik Beradik | 07-2234454 | Johor Bahru | Kuala Terengganu | Harian |
KKKL | 07-4342399 | Johor Bahru | Kuala Terengganu | Harian |
Sani Express | 03-33438870 | Kuala Lumpur | Kuala Terengganu | Harian |
Transnational | 03-90581582 | |||
SP Bumi | 09-638 0265 | |||
Sykt. Adik Beradik | 09-6380201 | |||
SP Bumi | 04-6584589 | Penang
|
Kuala Terengganu
|
Harian |
Cepat Express |
04-3236288 |
|||
Shanhua Travel & Tours |
04-5943621 |
Shahbandar Jetty | Harian |
* Peringatan mesra, semasa mengatur pengangkutan pergi balik anda, diingatkan bahawa jadual bot harian kami hanya dua kali sehari.
Kepada tetamu yang memandu, anda boleh mengambil laluan lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuala Terengganu, yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dan terus menghala ke arah Jeti Shahbandar (GPS 5,3375, 103,137), yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu.


PERJALANAN MELALUI BOT
Kami mengendalikan perkhidmatan bot berjadual dari Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu ke resort pada setiap hari. Mengambil masa kira-kira 1.5 jam perjalanan bot tanpa persinggahan yang akan membawa anda terus ke Laguna Pulau Redang Resort, ibarat melangkah ke pintu syurga.
Jadual Transaksi Bot
Dari | Ke | Masa | |
---|---|---|---|
Jeti | Laguna Redang Island Resort | 9.30am | 12.30pm |
Laguna Redang Island Resort | Jeti | 9.00am | 11.30am |
Khidmat Penghantaran
Kami menyediakan khimat penghantaran dari lapangan terbang, stesen bas atau hotel untuk kemudahan anda. Tempahan awal perlu dilakukan untuk khimat penghantaran ini.